Tuesday, August 2, 2011

bertamu lagi di Ramadan Kareem~

Bismillahirrahmanirrahim~


Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa(2:183)




Alhamdulillah3..syukur kepada Allah,kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan dipilih sekali lagi untuk menjadi tetamu bulan yang mulia, Ramadan Al-Mubarak~ mungkinkah Ramadan terakhir? Wallahu'alam..moga kedatangan Ramadan tahun ini lebih baik`insyaAllah~



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
  • Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
  • Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
  • Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
  • Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai yang ke 5 ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.: Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?' Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.(Riwayat Ahmad).     

Doa Hari Kedua Ramadan~
Ya Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku dari  Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk MembacaAyat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!     

Allahumma Amin~