Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa(2:183)
Alhamdulillah3..syukur kepada Allah,kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan dipilih sekali lagi untuk menjadi tetamu bulan yang mulia, Ramadan Al-Mubarak~ mungkinkah Ramadan terakhir? Wallahu'alam..moga kedatangan Ramadan tahun ini lebih baik`insyaAllah~
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
- Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
- Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
Doa Hari Kedua Ramadan~
Ya Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku dari Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk MembacaAyat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!! Allahumma Amin~